Selasa, 27 Mei 2014

Israk dan mikraj

Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin. 

Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke langit. 

Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga. 

Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat , cuma memakan masa 1/3 malam . Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat , lebih-lebih lagi naik ke langit hingga naik ke langit yang ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih sepertimana hari ini. Kemudian banyak peristiwa yang dialamai dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka. 

Setelah nabi Muhammad saw selesai mengalami Israk dan Mikraj , baginda membuat pengumuman di hadapan orang ramai memberitahu yang baginda telah diisrak mikraj kan oleh Allah swt disamping menceritakan semua perkara yang baginda alami ketika itu dengan harapan golongan kafir Quraisy yang mendengar penjelasan baginda saw itu akan beriman kepada Allah swt dan mengikut ajaran-Nya. Namun mereka tidak juga mempercayai kata-kata Rasullulah saw malah memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa semua cerita Nabi Muhammad saw itu tidak masuk akal. Hanya sedikit yang beriman, itu pun dalam keadaan yang was-was. 

Bagi kita sebagai muslim dan mukmin , kejadian Israk dan Mikraj ini tidak sulit untuk difikirkan ini kerana kita sendiri mengetahui dan mengakui bahawa kekuasaan Allah swt boleh berlaku dengan kehendak-Nya. 

Nabi Muhammad saw berangkat dari Masjidil Haram bersama malaikat Jibrail adalah dengan menaiki buraj yang sekali melangkah jauhnya adalah sejauh mata memandang. 

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.  

Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya. 

Apabila kita meneliti catatan sejarah, didapati pada bulan Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw,beliau benar-benar berada dipuncak kesedihan. Baginda saw telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Pemergian itu adalah pemergian buat selama-lamanya menghadap ke hadrat illahi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib. Tahun tersebut adalah tahun dukacita bagi Rasullulah saw. Bagi Rasullulah saw kewafatan Siti Khadijah bukan sekadar kehilangan isteri yang menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan yang luar biasa,tetapi Siti Khadijah juga berfungsi sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan Rasullulah saw. 

Sebagai insan berharta , Siti Khadijah telah mengorbankan sebahagian besar harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasullulah saw dalam menegakkan islam. Adanya Siti Khadijah disisinya dengan perangsang yang diberikan , Nabi Muhammad saw merasa segala beban yang dipikulnya menjadi ringan dan segala kepahitan terubat yang mana ia menjadi sumber kekuatan dan semangat untuk mengembangkan islam. 

Demikian juga halnya kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir quraisy . Lantaran Abu Talib tergolong di dalam orang yang disegani dikalangan bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani menggangu Nabi Saw secara terang-terangan. Namun, setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat mereka begitu berani sekali menggangu dan mengancam Nabi saw. 

Setelah Nabi saw merasakan ruang pergerakan dakwah di Mekah semakin sempit dan keselamatan umat islam sudah tidak terjamin , Rasullulah saw memutuskan untuk pergi ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian,hinaan dan penganiawaan. 

Kerana cabaran itu Rasullulah saw kembali semula ke Mekah. Betapa beratnya pendetitaan yang diterima oleh Baginda Rasullulah saw tentunya tidak dapat kita bayangkan . Dalam keadaan seperti itu, bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah saw, maka Allah swt memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah saw. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan