Ini lah buah hati aku...nama dia Nuramira Natasha Binti Muhammad syazwan@alestony... lahir 14julai2007...aku sentiasa doakan moga dia menjadi seorang yg pintar,penyayang dan bertanggungjawab diatas segala hal.i luv u so much tasha...
Blog ni hanya untuk suka-suka... mengabadikan apa yang terlintas dalam fikiran... tentang perjalanan hidup.. tentang apa yang berlaku... itu jer.. takde yang istimewa.. but i like
Jumaat, 13 Jun 2014
Selasa, 27 Mei 2014
Israk dan mikraj
Israk bererti Allah membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin.
Sementara Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke langit.
Dengan itu israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.
Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat , cuma memakan masa 1/3 malam . Walhal jika difikirkan jarak antara Masjidil Haram dengan Masjidil Aqsa bukanlah satu jarak yang dekat , lebih-lebih lagi naik ke langit hingga naik ke langit yang ke-7 tanpa menggunakan peralatan yang canggih sepertimana hari ini. Kemudian banyak peristiwa yang dialamai dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.
Setelah nabi Muhammad saw selesai mengalami Israk dan Mikraj , baginda membuat pengumuman di hadapan orang ramai memberitahu yang baginda telah diisrak mikraj kan oleh Allah swt disamping menceritakan semua perkara yang baginda alami ketika itu dengan harapan golongan kafir Quraisy yang mendengar penjelasan baginda saw itu akan beriman kepada Allah swt dan mengikut ajaran-Nya. Namun mereka tidak juga mempercayai kata-kata Rasullulah saw malah memperolok-olokkannya dengan dalih bahawa semua cerita Nabi Muhammad saw itu tidak masuk akal. Hanya sedikit yang beriman, itu pun dalam keadaan yang was-was.
Bagi kita sebagai muslim dan mukmin , kejadian Israk dan Mikraj ini tidak sulit untuk difikirkan ini kerana kita sendiri mengetahui dan mengakui bahawa kekuasaan Allah swt boleh berlaku dengan kehendak-Nya.
Nabi Muhammad saw berangkat dari Masjidil Haram bersama malaikat Jibrail adalah dengan menaiki buraj yang sekali melangkah jauhnya adalah sejauh mata memandang.
Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.
Sesunguhnya peristiwa Israk Mikraj benar-benar dialami oleh Nabi Muhammad saw kerana telah termaktub dalam al-Quran dan kita wajib percaya dan beriman dengannya.
Apabila kita meneliti catatan sejarah, didapati pada bulan Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw,beliau benar-benar berada dipuncak kesedihan. Baginda saw telah menghadapi 2 musibah berturut-turut , iaitu pemergian 2 insan yang amat berjasa dan sangat dikasihi. Pemergian itu adalah pemergian buat selama-lamanya menghadap ke hadrat illahi. Musibah yang dimaksudkan itu ialah wafatnya Siti Khadijah isteri yang dicintai. Tidak lama kemudian menyusul pula kewafatan bapa saudaranya Abu Talib. Tahun tersebut adalah tahun dukacita bagi Rasullulah saw. Bagi Rasullulah saw kewafatan Siti Khadijah bukan sekadar kehilangan isteri yang menumpahkan taat setia, kasih sayang dan ketabahan yang luar biasa,tetapi Siti Khadijah juga berfungsi sebagai sumber inspirasi dalam perjuangan Rasullulah saw.
Sebagai insan berharta , Siti Khadijah telah mengorbankan sebahagian besar harta miliknya dengan penuh ikhlas dan rela demi kepentingan dan kemajuan dakwah Rasullulah saw dalam menegakkan islam. Adanya Siti Khadijah disisinya dengan perangsang yang diberikan , Nabi Muhammad saw merasa segala beban yang dipikulnya menjadi ringan dan segala kepahitan terubat yang mana ia menjadi sumber kekuatan dan semangat untuk mengembangkan islam.
Demikian juga halnya kewafatan Abu Talib, bapa saudaranya yang bermati-matian membela dan melindunginya daripada ancaman orang kafir quraisy . Lantaran Abu Talib tergolong di dalam orang yang disegani dikalangan bangsa Arab, menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani menggangu Nabi Saw secara terang-terangan. Namun, setelah Abu Talib dan Siti Khadijah wafat mereka begitu berani sekali menggangu dan mengancam Nabi saw.
Setelah Nabi saw merasakan ruang pergerakan dakwah di Mekah semakin sempit dan keselamatan umat islam sudah tidak terjamin , Rasullulah saw memutuskan untuk pergi ke Taif dengan harapan penduduk Taif akan menerima seruan dan membantu perjuangannya. Namun, di luar dugaan mereka bukan sahaja tidak memberikan perlindungan kepada Nabi saw bahkan melemparkan pelbagai cacian,hinaan dan penganiawaan.
Kerana cabaran itu Rasullulah saw kembali semula ke Mekah. Betapa beratnya pendetitaan yang diterima oleh Baginda Rasullulah saw tentunya tidak dapat kita bayangkan . Dalam keadaan seperti itu, bagi memantapkan dan menghiburkan Rasullulah saw, maka Allah swt memerintahkan kepada malaikat Jibril agar mengisrak mikrajkan Rasullulah saw.
Khamis, 16 Januari 2014
HIKMAH AYAT KURSI
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap² sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi² serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
- Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Wassalam,"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu,Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk AkhiratMu" Subhanallah..
Rabu, 15 Januari 2014
MARI BELAJAR BAHASA BISAYA (BEAUFORT) SERBA SEDIKIT
Bapa saudara = ama inang
Pinggang = awak
Pipi = bingal
Bahu = liliwah
Perut = tinai'
Selamat mencuba...
MENGENALI SEJARAH SUKU KAUM BISAYA BEAUFORT
Hari ini kita akan cerita tentang sejarah Bangsa Bisaya...
Bangsa Bisaya bukanlah asing untuk diperkatakan tetapi sejarah dan cara hidup mereka di satu lokasi 90 kilometer (km) di selatan Kota Kinabalu, Sabah, sememangnya menarik untuk dikongsi bersama.
Dalam kelembutan bahasa mereka, sebenarnya tersimpan banyak khazanah misteri yang layak diungkapkan mengenai masyarakat Bisaya yang juga satu etnik Islam dengan majoritinya bertumpu di daerah Beaufort, Sabah. Antara keunikan mereka yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti orang Cina atau mungkin campuran Filipina. Pendek kata, mereka memang cantik.
Sebelum penulis mendekati mereka, rakan-rakan di Kota Kinabalu sudah menitipkan pesanan. Ada gurauan dan tidak kurang juga yang kedengaran serius.
“Jaga-jaga dengan orang Bisaya. Mereka bukan saja cantik tetapi ilmunya juga tinggi. Ketika di sana, jangan buat perangai tak tentu hala, takut nanti lain pula ceritanya. Ilmu mereka bukan calang-calang, tak senang nak dikesan. Takut nanti, balik ke Semenanjung, terpaksa pula kembali semula ke sini untuk berubat!”
Pasti ramai yang mungkin pernah mendengar cerita mengenai kemaluan berasa ada di dahi dan itulah antara kehebatan yang disebut-sebut dimiliki etnik ini.
Penulis bukan mahu menceritakan sesuatu yang negatif kerana realitinya sudah ramai mengetahui mengenai kehebatan ilmu mereka. Di sebalik cerita negatif mengenai mereka, pada hakikatnya penduduknya mempunyai akhlak yang tinggi dan kuat pegangan agama.
Apa pun, tidak dinafikan kecantikan gadis Bisaya pasti menarik perhatian. Dengan kulit putih dan wajah seperti orang Cina bermata sepet, ia menonjolkan keayuan dan kelembutan tersendiri. Tambah unik kerana raut wajah mereka tidak sepenuhnya seperti orang Cina tetapi lebih menarik.
Berbeza versi cerita menakutkan mengenai kehebatan ilmu kebatinan mereka, realiti yang dapat dilihat ialah orang Bisaya ramah dan berbudi bahasa. Kita pasti leka apabila bersembang dengan sesiapa saja di situ, tidak kira yang muda mahu pun tua. Tiada seorang pun yang lokek melontarkan senyuman.
Etnik Bisaya bukan saja ada di Beaufort, tetapi boleh ditemui di Kuala Penyu, Menumbok, Sipitang dan sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Bagaimanapun, majoritinya berkampung di Beaufort dengan jumlah masyarakatnya melebihi 50,000 orang.
Di Beaufort, masyarakat ini mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Di Klias pula, mereka mendiami kawasan perkampungan seperti Kampung Kebatu, Kukut, Kabidang, Takuli, Malabau, Kota Klias, Klias Kecil, Laba dan Nukahan.
Di sepanjang Sungai Padas pula, mereka mendiami kawasan Kampung Malalugus, Luagan, Mempagar, Limbawang, Pintas, Lubak, Lupak, Batandok, Beringin, Gadong, Kepawa, Garama, Silaun, Lawa, Kebajang, Lago, Suasa, Padas Damit, Jabang dan Bangkalalak, manakala di Kuala Penyu, penempatan mereka ialah di Kilugus, Manggis, Sinapokan, Siaun, Malikai dan di pekan Menumbok.
Dalam daerah Sipitang, sebahagian kecil mereka mendiami kawasan Sindumin, Mesapol serta di pekan itu sendiri. Di daerah lain pula, kebanyakannya berada di Kota Kinabalu, Wilayah Persekutuan Labuan, bandar lain seperti Tawau, Sandakan, Keningau, Kudat dan di pekan kecil seperti Kota Belud, Ranau, Tenom, Papar dan Membakut.
Meskipun masyarakat ini banyak di lokasi lain di Sabah, mereka juga ada di Sarawak. Namun, peninggalan sejarah serta cerita mengenai mereka lebih tepat diperoleh daripada masyarakat di Beaufort kerana menurut ‘orang lama’ di situ, beberapa lokasi sekitar daerah itu menjadi titik tolak perkembangan masyarakat Bisaya di Sabah, malah kisah mengenai kehebatan mereka juga berakar umbi di situ.
Menurut kepercayaan orang tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Mabisa Iya” yang membawa maksud seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik. Sebutan itu kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga hari ini.
Versi lain yang memetik Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada 1956 ialah perkataan Bisaya kemungkinan berasal daripada Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada 1960, John Carol menyatakan perkataan Bisaya berasal daripada pahlawan yang bernama Sri Visaya. Derek Headly (1950) pula menyatakan Sultan Brunei ketika kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda menyebut: “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya ketika melihat gadis di situ.
Masyarakat Bisaya boleh dikatakan majoritinya beragama Islam. Mereka hidup dalam kawasan kampung terancang dan menjalankan aktiviti pertanian, selain ada yang mengusahakan produk sagu kerana hampir semua masyarakat Bisaya gemar memakan sagu, malah menjadikannya sebagai makanan asasi pula menggantikan nasi.
Melihat taraf dan kualiti hidup mereka di sekitar Beaufort, nampak jelas kebanyakan mereka mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, malah ramai juga hidup mewah kerana menceburi bidang perniagaan, selain sektor pertanian juga memberi pendapatan lumayan.
Dalam kemewahan dan keselesaan hidup itu, mereka utuh mempertahankan budaya masyarakat Bisaya kerana masih ada kumpulan kebudayaan bergerak aktif memainkan alat muzik seperti kulintangan dan gambang, malah mempunyai rutin latihan mereka sendiri di lokasi khusus.
Bisaya bukan masyarakat terpencil kerana realitinya mereka mempunyai sistem pengurusan yang mantap. Dalam kalangan masyarakat itu, sudah ada yang menjadi pemimpin dalam pelbagai badan politik dan bukan kerajaan. Sebagai contoh, siapa tidak kenal Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang turut bertindak sebagai Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS).
Persatuan itu juga bergerak aktif dengan jawatankuasa yang dilantik dan dirombak setiap kali mesyuarat agung, selain tidak pernah gagal menganjurkan keramaian Adau Janang Gayuh setiap 15 Julai yang membawa maksud hari besar pemimpin sebagai satu simbol penghormatan serta mengenang jasa pemimpin masyarakat itu pada masa lalu hingga kini.
Lebih kurang begini lah pakaian tradisi Bisaya Beaufort |